27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Universal Music kecam Hamas, Siti tetap pendirian dengan Palestin

Mesti Baca

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengganggap pendirian syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Universal Music Group (UMG) tidak sama susulan tindakan UMG yang mengecam serangan pejuang Hamas terhadap Israel.

Siti menjelaskan, beliau juga bukan artis naungan syarikat rakaman itu, tetapi pernah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar bagi album terbarunya, Sitism.

“Saya percaya pendirian Universal Music Malaysia tidak sama. Namun kenyataan yang dibuat UMG sangat mengejutkan kerana mereka adalah sebuah syarikat rakaman antarabangsa.

“Namun, apa yang disuarakan UMG tidak sama dengan pendirian saya dan sehingga hari ini masih tetap menyokong Palestin.

“Saya juga ingin tegaskan kerjasama dengan Universal Music Malaysia hanya sebagai pengedar. Saya bukan artis naungan mereka,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baru-baru ini, UMG membuat kenyataan di media sosial dan seolah-olah menyokong tindakan Israel.

Advertisements

Perkongsian di laman sosial itu mendapat kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat terbabit.

Dalam pada itu, Siti turut mengumumkan penangguhan konsert berskala mega yang sepatutnya berlangsung pada Mac depan susulan isu peperangan di antara Palestin dan Israel.

“Perancangan untuk mengadakan konsert saya tangguhkan dahulu. Berita mengenai penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin begitu mengganggu emosi kita semua dan ia sangat sensitif.

“Bagaimanapun, saya rancang untuk adakan satu majlis amal untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin.

“Saya juga baru dimaklumkan semua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan