31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Palestin: Bangsa Johor diminta bersama solidariti, Ahad ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor mengajak seluruh rakyat Johor untuk bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam satu acara yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Ahad ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazimengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai Majlis Yasin, Tahlil serta Solat Hajat Bangsa Johor peringkat negeri sebagai satu daripada inisiatif dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin.

“Ayuh seluruh Bangsa Johor! Sama-sama kita hadir ke Solidariti Bangsa Johor pada Majlis Yasin, Tahlil dan Solat Hajat Bangsa Johor untuk Palestin peringkat negeri pada 19 Nov ini.

Advertisements

Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah, ” katanya menerusi hantaran hantaran di Facebook hari ini.

Pertempuran antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel yang masuk hari ke-40 hari ini, telah mengorbankan ribuan nyawa dengan angka korban di Palestin telah melebihi 11,000 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan