30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tular: Tangkap layar WhatsApp Group Maritim Malaysia palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menegaskan satu hantaran yang tular di aplikasi telegram menerusi saluran telegram Edisi Siasat adalah tidak benar dan palsu.

Maritim Malaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, hasil siasatan dalaman Maritim Malaysia, WhatsApp Group seperti yang tular dengan memaparkan pengenalan diri beberapa individu sebagai Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia juga adalah palsu.

“WhatsApp Group tersebut juga adalah tidak pernah wujud di agensi ini.

Advertisements

“Susulan hantaran tular tersebut agensi berasa amat kecewa kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan WhatsApp Group Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia dengan tujuan menjatuh dan mencalarkan imej Pengawai Kanan Kerajaan,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Maritim Malaysia menasihatkan kepada warganet untuk tidak menyebarkan tangkap layar WhatsApp Group palsu tersebut.

“Maritim Malaysia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta dan menyebarnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan