29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Bukit Bintang, tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU sindiket penipuan pelaburan dalam talian berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Pudu, Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan berkenaan dijalankan hasil maklumat risikan yang diterima.

“Aktiviti sindiket terbabit berjaya dipatahkan dengan tertangkapnya 29 individu di dalam pejabat mewah yang dibayar dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM17,400.

“Kesemua yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu ditahan pada jam 3.40 petang,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam serbuan terbabit polis turut merampas sejumlah telefon bimbit, komputer riba serta beberapa peralatan elektronik lain.

Advertisements

“Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa di luar negara dan menjalankan operasi di pejabat terbabit kira-kira dua bulan dan kesemua individu itu mempunyai peranan antaranya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan mata wang kripto tidak wujud melalui medium live chatting (komunikasi secara langsung),”katanya.

Kesemua yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing ditahan dalam operasi yang dilakukan di sebuah pejabat mewah di Bukit Bintang. – Gambar: Facebook Polis KL

Menurut Noor Dellhan, siasatan mendapati bayaran gaji yang ditawarkan adalah antara RM2,000 hingga RM10,000 sebulan tidak termasuk komisen berdasarkan peranan yang diberikan.

Katanya, dua daripada mereka yang berperanan sebagai pengurus didapati mempunyai rekod jenayah.

“Kesemua yang ditahan telah direman hingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, katanya, polis turut menyeru kepada orang ramai untuk memberikan kerjasama dan salurkan maklumat sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan