27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PH pertahan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar apabila calon-calon mereka memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut hari ini.

Bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat menang dengan majoriti 18,641 undi.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu memperoleh 48,283 undi bagi mengatasi pencabarnya, Zulkifli Jaafar (Perikatan Nasional) yang mendapat 29,642 undi.

Sementara seorang lagi calon, Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) hanya memperoleh 528 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada pukul 10.09 malam ini.

Sebanyak 47.33 peratus daripada 165,509 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Advertisements
Nazri Abdul Rahman

Sementara itu bagi DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,514 undi.

Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN yang memperoleh 10,330 undi.

Manakala calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan hanya memperoleh 311 undi.

Pengumuman rasmi itu dibuat, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah.

Jamil Hasni berkata, jumlah itu diperolehi berdasarkan 60.8 peratusan keluar mengundi di 14 pusat mengundi di kawasan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan