26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 831 pengundi atau 90 peratus keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai selepas pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses mengundi awal bagi PRK Parlimen Pulai bermula pada pukul 8 pagi.

“Proses mengundi awal bagi PRK Parlimen Pulai melibatkan seramai 831 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90 peratus.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seramai 927 pemilih yang terdiri daripada pegawai polis dan anggota layak menunaikan tanggungjawab di dua pusat pengundian.

Di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua melibatkan seramai 881 pengundi awal sementara 46 orang lagi mengundi awal di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas.

Tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah hingga 12 tengah hari tadi sementara pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua ditutup pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu ini, dengan tempoh berkempen akan berakhir pada 11.59 malam, Jumaat ini. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan