30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Demi lunas hutang lelaki ‘jual’ adik ipar

Mesti Baca

DEMI melunaskan hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki sanggup ‘menjual’ maruah adik iparnya kepada suspek kejadian rogol bergilir-gilir di Wangsa Maju, pada 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, menerusi soal siasat terhadap abang ipar mangsa yang ditahan pada Sabtu lalu, polis mengesahkan suspek telah merancang kejadian terkutuk itu.

Katanya, suspek telah menghubungi mangsa supaya jangan mengunci pintu rumah pada hari kejadian.

“Mangsa dan abang ipar duduk serumah di Blok D13, Seksyen 2 Wangsa Maju.

“Abang ipar mangsa dipercayai ada berhutang duit dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

“Namun tiada pengakuan rogol direkodkan daripada abang ipar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ashari berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang perempuan warga tempatan berusia 26 tahun berkenaan kejadian rogol berkumpulan jam 4.52 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang sedang tidur di dalam bilik telah tersedar kerana mulutnya ditutup dengan tangan.

Advertisements

Dipercayai seramai lima orang lelaki telah berada di dalam bilik berkenaan.

Menurutnya, mulut mangsa telah ditutup dan tangan mangsa juga telah diikat dengan kain.

Tambahnya, salah seorang daripada suspek telah merogol mangsa, manakala salah seorang suspek lagi telah merakam video semasa kejadian itu berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun,” katanya.

Ashari berkata, polis telah memberkas abang ipar mangsa berusia 29 tahun di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama enam hari bermula 3 hingga 8 September ini.

Sehubungan itu,  polis mempergiatkan usaha bagi mengesan empat individu yang masih bebas.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan