31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MOF lulus jaminan RM9.9 bilion lupus hutang peneroka Felda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerbitkan sukuk untuk menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.

MOF dalam satu kenyataan berkata, bermula tahun ini, kerajaan menyalurkan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda itu yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

“Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan Felda, termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya.

“Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan jaminan kerajaan sehingga RM9.9 bilion untuk Felda menerbitkan sukuk,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.

Advertisements

Bekas Perdana Menteri itu turut menafikan dakwaan Anwar yang menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.

Semalam, Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan, pelaksanaan pelupusan hutang peneroka oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin itu tidak tuntas.

Ini kerana kata beliau, kerajaan PN tidak menyalurkan wang sebanyak RM1 bilion setiap tahun seperti yang dijanjikan kepada Felda bagi membolehkan agensi itu melupuskan hutang peneroka.

Katanya, kerajaan PN juga tidak membuat sebarang perjanjian dengan Felda bagi tujuan itu sebaliknya ia hanya secara verbal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan