25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kenyataan Lim Guan Eng tidak bertanggungjawab, menghasut

ARMADA BERSATU Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadab dan perkauman tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARMADA BERSATU Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadab dan perkauman yang diucapkan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa “gelombang hijau akan memusnahkan tokong”.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan tersebut amat tidak bertanggungjawab, bersifat menghasut serta menyemai perasaan takut dan benci orang bukan Islam terhadap pimpinan serta parti-parti politik Islam yang mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menjunjung sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Kenyataan ini sekaligus mengesahkan persepsi rakyat Malaysia terhadap parti DAP yang merupakan sebuah parti yang sering memainkan sentimen perkauman,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau bberkata demikian susulan laporan sebuah akhbar portal yang bertajuk “Guan Eng dakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong, nafi hak agama di Pulau Pinang” bertarikh 8 Julai 2023.

Advertisements

Mengulas lanjut, katanya lagi, kenyataan Pengerusi DAP itu yang turut dilaporkan berkata “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya” adalah sangat keji, terkutuk dan boleh mengancam ketenteraman awam serta menggugat keamanan negara.

Sehubungan dengan itu, kata bekiau, ARMADA dengan tegas menuntut permohonan maaf dari Pengerusi DAP, Lim Guan Eng di atas kenyataan perkauman dan berniat jahat tersebut.

“Kita juga menggesa tindakan tegas diambil ke atas beliau di atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya.

Ujar beliau yanh juga Ahli Parlimen Machang, ARMADA bersama-sama Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai tunjang kepada perpaduan semua kaum di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan