30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Malaysia kutuk insiden bakar al-Quran di Stockholm

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Sweden membenarkan tindakan provokatif membakar al-Quran di sebuah masjid di Stockholm.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kecewa dengan insiden itu berkata, tindakan biadab itu menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Tindakan itu ternyata mencemarkan kitab suci dan ia sekali gus melanggar prinsip untuk menghormati serta memahami semua agama dan kitab suci masing-masing.

Advertisements

“Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kita meningkatkan rasa hormat dan persefahaman untuk kebaikan bersama,”katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Semalam lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadab itu dilakukan dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Aidiladha. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan