25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bakar al-Quran: Kerajaan digesa panggil duta Sweden

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN digesa memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan ekstrem, biadab dan keji pihak yang membakar kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Rabu.

Selain mengecam tindakan tersebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan Sweden yang membenarkan insiden tersebut berlaku walaupun sedar ia boleh mencetuskan perbalahan agama.

“Kejadian pada Rabu bukanlah kali pertama tetapi sudah berulang kali. Tindakan ekstrem serta biadab ini mesti ditolak dan dihentikan kerana ia jelas merangsangkan rasa kebencian, perkauman dan bertentangan dengan usaha-usaha antarabangsa.

Advertisements

“Adalah malang apabila kerajaan Sweden sendiri tidak bertindak dengan sepatutnya dalam menyuburkan nilai-nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan terhadap ekstremisme apabila sekali lagi membenarkan insiden sedemikian berlaku di Sweden,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu jelasnya, sudah sampai masanya Malaysia menggunakan suara serta haknya dengan lantang dan segera memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan keras terhadap kejadian itu.

Media melaporkan, pada Rabu, seorang lelaki Salwan Momika, ditahan oleh polis Sweden kerana didakwa melakukan “memprovokasi kumpulan etnik” selepas menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan