31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

TMJ harap cukai negeri Johor dapat dikurangkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar pembayaran cukai negeri kepada Kerajaan Persekutuan dapat dikurangkan.

Harapan yang dititahkan Tunku Ismail berkenaan adalah sempena ulang tahun kelahiran baginda hari ini.

Menurut Tunku Ismail, dengan pengurangan pembayaran tersebut wang berkenaan boleh digunakan untuk negeri Johor lebih berdikari.

Malah baginda berharap wang lebihan itu boleh digunakan bagi penyelengaraan infrastrukur demi kemudahan dan kebajikan rakyat Johor.

Baginda terdahulu menjawab soalan pengguna di Twitter mengenai harapan baginda sempena ulang tahun kelahiran hari ini.

Advertisements

“Tiada apa. Hanya visi dan harapan untuk mengurangkan cukai negeri saya yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat berdiri dengan dua kaki kita sendiri.

“Menyelenggara infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah dan pendidikan, pengurusan air, rumah mampu milik, tebatan banjir dan lain-lain,” kata Tunku Ismail.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter eKharus bertanya, apakah hadiah yang Tunku Ismail berikan kepada diri sendiri sempena sambutan kelahiran baginda.

“Oh selamat hari lahir @HRHJohorII . Apakah yang diberikan oleh lelaki kepada yang mempunyai segala-galanya kepada dirinya pada hari lahirnya?” tanya beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan