26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

10 kilang di Cheras musnah dalam kebakaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPULUH kilang musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Budiman, Cheras awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu tidak melibatkan mangsa.

“Pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 pagi dan pasukan pertama sampai ke lokasi kejadian 23 minit kemudian.

“Seramai 48 anggota bersama 10 jentera dan empat lori tangki air bersama sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Serdang, BBP Pandan, BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran bermula daripada empat kilang di kawasan berkenaan yang kemudian merebak ke kilang lain yang terletak berhampiran.

Advertisements

“Api merebak dengan pantas berikutan pengubahsuaian kilang dan kedudukan yang rapat, kilang-kilang yang terlibat juga padat dengan bahan yang mudah terbakar,”katanya.

Wan Md Razali berkata, sepuluh premis yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu adalah kilang melibatkan tiga kilang audio kereta, kilang makanan kucing, kilang kabinet perabot, kipang simpanan barang dan kilang barang plastik billboard.

“Lain-lain kilang yang turut terjejas, kipang model rumah, kilang tembakau dan kilang parbot tilam,”katanya.

Katanya, api dapat dikawal pada 4.37 pagi tadi dengan kerja-kerja memadam api di lokasi masih berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan