25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Agong zahir harapan Malaysia-Arab Saudi tingkat hubungan dua hala

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan harapan tersebut pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina, semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Advertisements

Dalam majlis yang berlangsung selama satu jam tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi,” menurut Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, iaitu jumlah terbesar semenjak COVID-19.

Pertemuan berkenaan juga adalah merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan