33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ketepi ego, kepentingan kerabat demi kekuatan bangsa

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa seluruh rakyat agar menghayati pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS teutama sebagai asas perjuangan ke hadapan.

Menurut Perdana Menteri, pengorbanan itulah yang menjadi asas sebuah perjuangan suci bagi mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua.

Beliau berkata, perjuangan ke hadapan menuntut agar seluruh rakyat mengetepikan ego dan kepentingan kerabat serta keluarga demi kekuatan seluruh bangsa, terutama mereka yang lemah dan terpinggir.

“Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.

“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua,” kata beliau dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, ibrah tersebut menjadi asas keyakinan kita dalam mengemban amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.

“Ini tekad dan sumpah kita.

“Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar turut mendoakan agar jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanah air. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan