24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PN kutuk tindakan rejim Zionis terhadap umat Islam di Al-Aqsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya siri kezaliman serta kebiadapan rejim Zionis yang bertindak mencemarkan kesucian Ramadan dengan menceroboh dan menyerbu umat Islam ketika mereka sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pencerobohan tanpa nilai kemanusiaan itu merupakan provokasi serta pencabulan serius ke atas integriti wilayah sesebuah negara yang berdaulat.

“Ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rejim Zionis ini meneruskan siri keganasan dan pencerobohan yang tidak bermaruah tanpa rasa bersalah.

“Tindakan mereka ini menunjukkan mereka adalah bangsa tanpa sensitiviti dan rasional.

Advertisements

“Tambahan pula, Israel juga tidak menghormati bulan puasa dan ibadah ummat Islam seolah-olah ini adalah acara tahunan bagi mereka terhadap umat Islam. Hal ini menonjolkan lagi sisi ganas Israel terhadap Palestin.

“Sehubungan itu, PN menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera mengambil segala langkah perlu bersama-sama negara lain bagi mendesak PBB bertindak menghentikan pencabulan itu bagi mengelak konflik lebih meruncing di Asia Barat,” katanya

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Machang, dalam hal ini, PN dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi serta menentang pencerobohan dan kekejaman zionis tersebut.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada penduduk Palestin,” katanya.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan