27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Agong bergambar di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluangkan masa menuruni kenderaan rasmi untuk bergambar di mercu Jambatan Kedua Pulau Pinang, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Baginda berdua dalam perjalanan berangkat ke daerah Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Yang di-Pertuan Agong dijadual menyempurnakan majlis perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol, Kepala Batas.

Advertisements

“Raja Permaisuri Agong pula menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas.

“Pada petang hari ini, Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat ke majlis sambutan Nuzul al-Quran dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Negeri, Pulau Pinang.

“Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari, bermula semalam,” menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan