27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anak Muda Malaysia gesa PBB tamatkan penjajahan Zionis

Kenyataan negara ini boleh dianggap sebagai pendirian kita sebagai warganegara ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Anak Muda Malaysia hari ini menggesa agar Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak dengan segera bagi menghentikan penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

Anak Muda Malaysia menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum keadaan semasa yang berlaku di Palestin terkait dengan peningkatan konflik terkini di Gaza dan kawasan sekitarnya di antara rakyat Palestin dengan rejim Zionis yang semakin memuncak.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya segala tindakan zalim yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama puluhan tahun, yang melibatkan serangan-serangan udara dan rampasan tanah milik rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan.

“Kezaliman ini bukan hanya suatu ancaman kepada keamanan dan kedamaian di rantau tersebut, tetapi juga merupakan cubaan yang keji untuk menghancurkan masa depan rakyat Palestin,” katanya menerusi kenyataan bersama hari ini.

Mereka menegaskan, perlunya tindakan segera bagi menghentikan serangan tersebut bagi mengelak lebih banyak kerugian nyawa dan mengurangkan penderitaan.

Gabungan itu juga juga menggesa agar semua pihak yang berkonflik menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam memelihara rakyat awam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, dan warga emas di wilayah bergolak berkenaan.

Turut digesa agar tiada pihak yang merosakkan mana-mana rumah ibadat atas nama kemanusiaan.

Anak Muda Malaysia turut merujuk kepada Kenyataan Negara yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Malaysia secara keseluruhannya termasuk menerusi kenyataan awal oleh Perdana Menteri dan Wisma Putra telah menyatakan solidariti terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin.

Advertisements

“Ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai gabungan dan parti turut menyatakan sokongan dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendokong penuh kenyataan tersebut.

“Kenyataan negara ini boleh dianggap sebagai pendirian kita sebagai warganegara ini.

“Justeru, kami menyeru kepada komuniti antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk berlaku adil dalam menanggapi peristiwa ini, mencari punca sebenar konflik ini dan tidak semata mata menuding jari kepada rakyat Palestin yang memperjuangkan hak asasi dan kemerdekaan tanah air mereka.

“Anak Muda Malaysia juga menggesa agar semua negara dan warga dunia yang bertamadun dan berperikemanusiaan agar menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang secara tidak langsung menidakkan keabsahan Palestin sebagai negara yang merdeka dan dizalimi,”menurut kenyataa itu.

Pada masa sama, katanya, mereka juga menyeru agar Kerajaan Malaysia segera menghulurkan segala bentuk bantuan termasuklah bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

Sementara itu, satu perhimpunan dinamakan Himpunan Solidariti untuk Palestin akan digerakkan pada Jumaat 13 Oktober 2023 selepas solat Jumaat bertempat di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Kami menjemput seluruh anak muda dan rakyat Malaysia serta pimpinan negara dan masyarakat untuk bersama-sama pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan kita terhadap rakyat Palestin yang dizalimi,” katanya.

Kenyataan bersama itu adalah terdiri daripada Pemuda Kerajaan Perpaduan, Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Majlis Belia FELDA Malaysia, Gerakan Belia 4B Malaysia (4B Malaysia) dan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA).

Turut menyatakan pendirian sama ialah Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Majlis Belia Negeri Perlis, Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Sembilan, Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Demokrat Sosial (DEMUDA) dan Global Peace Mission (GPM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

DSA 2024: Maritim Malaysia pamer operasi Carilamat secara VR

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menampilkan konsep infotainment pengoperasian agensi tersebut para Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA)...

Lagi Artikel Berkaitan