24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Belum terlambat untuk kembali kepada pertanian

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KETIKA Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997, saya adalah salah seorang yang merasa amat sedih.

Bagaimanapun saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia kehendak kerajaan ketika itu dan tiada pula demonstrasi besar-besaran bagi membantah keputusan tersebut.

Sejak itu bidang pertanian sudah turun anak tangga keutamaan dan mengatasinya ialah ICT, bukan ‘ikan celup tepung’ tetapi information and computer technology (teknologi komputer dan maklumat).

Walau pun saya dalam bidang ICT namun hati kecil saya tidak bersetuju kerana makanan ruji kita ialah nasi dan nasi dihasilkan melalui kegiatan pertanian.

Keperluan manusia kepada makanan sangat penting dan utama, bukan sahaja makanan akan memberikan kita tenaga untuk bergerak namun ia juga berfungsi dalam tumbesaran manusia.

Adalah satu tindakan yang salah apabila negara pada suatu ketika dahulu mengutamakan ICT berbanding penyediaan makanan yang secukupnya untuk rakyat.

Akibat daripada salah strategi itu kita terpaksa mengimpot makanan dari luar negara.

Oleh kerana sangat mengejar keuntungan maka ada negara yang mencipta sekurang-kurangnya 10 makanan tiruan yang sangat berbahaya kepada manusia antanya beras tiruan yang didakwa dihasilkan daripada gabungan kentang, ubi keledek dan plastik terpakai.

Pada 2009, puluhan ribu bayi di China didakwa mengalami keracunan produk susu palsu yang mengandungi melamin.

Advertisements

Selain itu, ada juga produk-produk makanan palsu lain seperti daging babi, lembu dan kambing ‘palsu’ yang menggunakan bahan-bahan tertentu untuk mengubah struktur daging berkenaan.

Demikian antara contoh ‘hasil pertanian’ palsu yang menghebohkan dunia beberapa ketika lalu.

Semua makanan tersebut membahayakan kesihatan manusia dan wajib diharamkan masuk ke mana-mana negara kerana ia akan menghapuskan sepsis manusia secara perlahan-lahan.

Wajiblah negara kita atau negara-negara Islam menyediakan makanan sendiri yang lebih selamat dan diredai Allah.

Oleh kerana tujuan menghalalkan cara, maka mereka akan tempuh segala cara untuk mencari keuntungan dan yang menjadi mangsa ialah masyarakat yang tidak tahu apa-apa.

Maka, jika ada tanah kosong di sekitar rumah, mulailah menanam sayur-sayuran sendiri, menternak ayam dan itik dan juga membela ikan yang tinggi protinnya secara hidroponik.

Setidak-tidaknya kita dan keluarga akan terhindar daripada mengambil makanan yang beracun yang dihasilkan oleh manusia yang sudah hilang kemanusiaannya.

Kita masih belum terlambat untuk kembali ke bidang pertanian dan keterjaminan makanan kerana banyak tanah-tanah yang terbiar dan juga ramai kalangan anak muda kita yang menganggur.

Jadi, bidang pertanian akan memberikan kita makanan organik bukan plastik (palsu), yang sudah dikesan berada dalam pasaran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada angkara mereka yang membahayakan kesihatan umat demi mengejar keuntungan.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan aktif dalam penulisan.
Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan