26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM bidas Hamzah, syor lihat keseluruhan temu bual CNN

Anwar menyarankan Hamzah supaya tidak (rujuk jawapan) ‘cut and paste’ (potong dan tampal) yang dibuat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tidak melihat secara keseluruhan wawancara beliau bersama CNN baru-baru ini, sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan yang sudah disunting.

Justeru, Anwar menyarankan Hamzah (PN-Larut) supaya membawa secara keseluruhan wawancara beliau bersama Christiane Amanpour yang dibuat ketika beliau menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

“Saya syorkan Yang Berhormat Larut lihat keseluruhan temubual dan tidak (rujuk jawapan) cut and paste (potong dan tampal) yang dibuat.

“Kita telah pun tunjukkan (laporan) yang dikeluarkan CNN yang memberikan liputan sepenuhnya jawapan, tetapi ada unsur khianat yang sengaja memotong (untuk) menunjukkan tiada jawapan (menyeluruh diberikan).

Advertisements

“Saya harap kalau Yang Berhormat (YB) jangan baca dari (laporan) cut and paste (potong dan tampal). Baca yang sepenuhnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab komen Hamzah yang menyentuh mengenai wawancara bersama CNN itu ketika memberikan soalan tambahan berkaitan kerangka dasar Ekonomi Madani.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Ekonomi Madani yang dicetus di bawah pentadbirannya adalah bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal selain isu nilai dan ehsan.

“Asas pertama, konteks negara kita berbeza pasca COVID-19 kita terima kenyataan kita berhadapan dengan keadaan tidak terjangkau dan kadang-kadang berlaku dalam keadaan serentak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan