30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

16 individu ditahan terlibat judi sabung ayam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 16 individu termasuk tiga warganegara asing ditahan polis dalam operasi yang dilakukan kerana terlibat dalam judi sabung ayam di Felda Tunggal, Kota Tinggi, tengahari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Nik Azaham Nik Aziz berkata, mereka yang ditahan berusia antara lingkungan 20 sehingga 60 tahun.

“Dalam operasi tersebut pihak polis merampas lapan ekor ayam dan peralatan laga ayam serta wang tunai RM5,473.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Kota Tinggi dibuat bermula Isnin sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 32(1)(a) dan Seksyen 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 25(1)(n) dan Sekyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sehubungan dengan itu, polis memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ini,”katanya.

Operasi berkenaan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada jam 12 tengah hari.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan