Thursday, June 4, 2026

Asyraf dedah ramai peminjam MARA mohon hapus hutang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat permohonan untuk menghapuskan hutang.

“Ya, ramai yang datang jumpa dengan saya untuk hapus kira hutang MARA,” kata Pengerusi MARA itu.

Bagaimanapun beliau menegaskan tidak sesekali membenarkannya kerana wang tersebut adalah wang rakyat.

Asyraf Wajdi sebaliknya berkata, tiada masalah jika memohon untuk menstruktur semua hutang dan jadual bayaran balik.

“Mohon maaf ya! Untuk menstrukturkan balik hutang dan jadual bayar balik boleh.

“Selebihnya bukan hak saya kerana duit MARA adalah duit rakyat,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pada 17 Mac lalu, Asyraf dilaporkan berkata, peminjam yang benar-benar berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman MARA disarankan supaya berbincang dengan agensi berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan