33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Lebih 10,000 orang dijangka meriahkan ‘Keretapi Sarong’ Sabtu ini

Mesti Baca

LEBIH 10,000 orang dijangka memeriahkan programĀ flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bertemakan etnik sempena Hari Malaysia yang akan diadakan Sabtu ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO berkata, sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).

Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).

Acara berkenaan akan membabitkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.

Pengarah programnya, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, rakyat Malaysia bersama pelancong luar negara secara tidak langsung akan memulakan perjalanan kereta api mereka dalam suasana flash mob menikmati pemandangan kota di sekitar Lembah Klang.

Advertisements

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah di negara ini iaitu Dataran Merdeka.

“Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Program KS2023 dimulakan sekitar 2012 membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan