25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Pernah gelar MCA ‘anjing UMNO’, DAP digesa mohon maaf

Mesti Baca

DAP digesa memohon maaf kepada MCA kerana pernah menggelarkan parti itu sebagai anjing suruhan UMNO sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berikutan DAP dikatakan mula terkesan dengan kecaman pelbagai pihak yang menggelar parti itu kini sebagai ‘anjing UMNO’.

Lian Ker berkata, DAP tidak sepatutnya rasa tersinggung apabila ada pihak menggelar mereka sebagai anjing UMNO kerana perkara yang sama pernah mereka buat terhadap MCA.

“Saya gembira mengetahui DAP tidak boleh menerima kritikan ini apabila mereka sendiri pernah melakukan lebih teruk selama beberapa dekad.

“Apakah bezanya digelar ‘anjing suruhan’ dengan ‘anjing UMNO’ hanya kerana mempunyai pandangan jauh untuk mengakui dan menerima realiti politik pada masa itu? Kesedaran DAP terlalu lambat dan mereka kini hanya ‘meniru’ naratif MCA selama ini yang berkorban dan berkompromi demi perpaduan dan keharmonian negara.

“DAP sekarang cuba berlakon menjadi mangsa dan rasa terhina apabila diberi gelaran nama. Daripada meminta Syed Saddiq menarik balik kenyataannya, DAP perlu terlebih dulu ‘bertaubat’ dengan memohon maaf kepada MCA untuk dicontohi dan diikuti oleh Syed Saddiq.

“DAP mesti menunjukkan penyesalan dan meminta maaf kepada MCA! DAP mesti ‘taubat’ untuk menjadi bersih dan dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu antara reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang tidak berpuas hati dengan kecaman Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar DAP sebagai ‘anjing suruhan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisements

Sebelum itu, bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mengeluarkan kritikan sama terhadap DAP dengan memberi gelaran serupa.

Syahredzan mendakwa kritikan itu menghina beliau sebagai orang Melayu.

Syed Saddiq dan Khairy membuat kenyataan itu apabila pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, Isnin minggu lalu.

Syed Saddiq kemudian menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan kini menjadi ahli parlimen pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat kerana tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Lian Ker berkata, DAP tidak perlu terasa dengan kritikan yang dilemparkan kerana parti itu sebelum ini juga menggelar Ahmad Zahid sebagai warga ‘Indon’ ketika kempen pilihan raya.

“Dalam kempen sebelum pilihan raya, mereka mengajak rakyat supaya tidak mengundi MCA dan Khairy, dengan mendakwa undi untuk MCA dan Khairy adalah undi untuk ‘orang Indonesia’ merujuk kepada Zahid.

“Serangan dan penghinaan ini sangat berkesan terhadap lawan mereka iaitu UMNO ketika itu,” katanya. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan