27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Simpan lebih 30,000 biji pil yaba, tiga lelaki ditahan

Mesti Baca

TIGA lelaki ditahan berikutan menyimpan 30,006 biji pil yaba bernilai RM330,066 di sebuah rumah di Kampung Binjal, Cabang Empat, Tumpat, Kelantan, semalam. 

Bagaimanapun, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu terlebih dahulu ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Jal Kechil, Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sejurus ditahan anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan ke atas kereta terbabit dan menjumpai satu peket plastik cerah berisi enam biji pil disyaki yaba.

“Susulan itu, suspek telah membawa anggota bertugas ke sebuah rumah.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui satu bungkusan plastik hitam di bawah meja di ruang tamu rumah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, di dalam plastik berkenaan terdapat lima bungkusan kertas kekuningan bertulis Y1 mengandungi 30,000 pil yaba.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muhamad Zaki berkata, dua daripada lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan