25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Keputusan kes Zahid jawapan pendakwaan terpilih Dr Mahathir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO Selangor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai jawapan kepada pendakwaan terpilih bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Abd. Mutalif Rahim berkata, pertuduhan yang dikenakan khususnya kepada pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu adalah satu penganiayaan, tekanan dan desakan demi memenuhi cita-cita pesaing politik.

Katanya, ia diperkuatkan lagi dengan pelbagai pendedahan termasuk buku tulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

“Keputusan semalam adalah satu jawapan bagi menjelaskan apa yang telah berlaku sebelum ini dan antara alasan pasukan pendakwaan memberhentikan pendakwaan adalah pertuduhan yang dibuat bersifat tergesa-gesa sebelum siasatan lengkap dibuat.

“Ini boleh menyebabkan reputasi Suruhanjaya Pencegaham Rasuah (SPRM) selaku badan penyiasatan dan kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku pasukan pendakwaan tercemar di mata masyarakat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan DNAA kepada Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding kes itu kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut, Abd. Mutalif berkata, titik-titik hitam dalam sejarah perundangan negara perlu dinoktahkan dan tidak dibiarkan berulang lagi. 

“Jabatan Peguam Negara dan badan-badan penyiasatan termasuk penguatkuasaan mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka demi keadilan untuk semua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan