32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PRK: Patuhi arahan polis, petugas pilihan raya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGUNDI bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diingatkan supaya arahan petugas sepanjang pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

Jurucakap media PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, pengundi juga diingatkan agar meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Advertisements

Sementara itu, Ibrahim berkata, Polis Johor meluluskan 43 permit ceramah dan kempen bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, semalam.

Katanya, kelulusan tersebut melibatkan 13 permit ceramah dan 20 permit kempen bagi Parlimen Pulai sementara DUN Simpang Jeram pula, sebanyak enam permit ceramah dan empat permit kempen yang telah diluluskan.

“Sebanyak satu kertas siasatan telah dibuka, disiasat di bawah Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan sebaran risalah berupa hasutan dan mencetuskan kebencian terhadap parti.

“Bagi tempoh 26 Ogos hingga 7 September, sebanyak empat kertas siasatan dibuka dan sebanyak 367 permit yang telah diluluskan daripada 377 permohonan yang diterima,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan