29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

PM tegaskan isu nasib rakyat Palestin 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak asasi dan nasib rakyat Palestin perlu dihormati serta diberikan perhatian.

Menurut beliau, dunia seolah-olah menutup mata di atas kekejaman berterusan Israel sejak sekian lama sebaliknya memfokuskan kepada peperangan antara Rusia dan Ukraine sahaja.

“Antaranya pastilah ketegasan Malaysia yakni satu-satunya negara yang menyuarakan pandangan susulan penindasan berterusan Israel ke atas Palestin, yang sudah berlarutan sejak 75 tahun lepas.

“Natijahnya, Malaysia harus konsisten menyuarakan pandangan tentang nasib rakyat Palestin, memandangkan dunia seolah-olah hanya mengambil berat tentang konflik peperangan di antara Ukraine dan Rusia.

“Ini sekali gus wujud kesenjangan mahupun berat sebelah dalam isu tersebut,” katanya menerusi catatan di Facebook malam tadi.

Advertisements

Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta yang merupakan pentas kepada pemimpin benua itu berdialog melabuhkan tirainya petang semalam. 

Kebhinekaan topik, isu semasa, masalah dilontarkan ke meja rundingan termasuk daripada Anwar yang mewakili kerajaan Malaysia demi kemajuan dan kemakmuran sejagat.

Perdana Menteri berkata, sebelum pulang ke tanah air, beliau membangkitkan isu Palestin dalam sidang media selain turut dikongsi berkenaan konsensus ASEAN yang dihormati kuasa-kuasa besar dunia.

“Kendatipun ada masanya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan negara ASEAN, namun konsensus yang dipersetujui bersama ialah rantau ini perlu dikekalkan kesatuan, keamanan dan kekal neutral.

“Berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta bukan penanda penamat kepada usaha memajukan benua ini sebaliknya menuntut rakan-rakan pemimpin untuk terus bekerja keras mencari solusi kepada isu dibangkitkan selain kebersamaan berkaitan peluang-peluang kerjasama yang dapat diterokai kelak,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan