26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Musa gesa kerajaan perbetul kekeliruan Akta Hasutan 1948

Mesti Baca

KERAJAAN di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) digesa memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan penggunaan Akta Hasutan 1948 yang didakwa tidak mengandungi Akta Pindaan 2015 (Akta A1485).

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perkara itu disedari selepas membeli buku Akta Hasutan 1948 terbitan daripada International Law Book Services (ILBS) untuk tujuan rekod dan bacaan.

Beliau berpendapat, sering diminta oleh wartawan untuk mengulas berkaitan isu 3R institusi beraja, agama Islam dan kaum.

“Ia amat mengejutkan dan saya percaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 2015) berkenaan telah mendapat perkenan diraja pada 28 Mei 2015 dan disiarkan dalam warta pada 4 Jun tahun yang sama.

Advertisements

“Ini bermaksud akta pindaan berkenaan telah sempurna untuk dikuatkuasakan bermula daripada tarikh warta. Namun apabila saya mendapati salinan buku Akta Hasutan 1948 (hingga 25 April 2022) itu tidak mengandungi Akta pindaan 2015.

“Timbul persoalan sama ada siasatan polis berkaitan isu 3R sekarang menggunakan akta Akta Hasutan 1948, akta lama (sebelum pindaan) atau akta baharu ini?” katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata, kesalahan berkecenderungan menghasut di bawah seksyen 3(1)(a) untuk membenci kerajaan dan seksyen 3(1)(c) Akta Hasutan pula jika mendatangkan kebencian terhadap pentadbiran sistem keadilan di Malaysia telah dimansuhkan selepas Akta pindaan 2015 diluluskan.

“Saya hairan mengapa statut sepenting ini terbitan ILBS dijual kepada orang ramai masih tidak mengadaptasi pindaan 2015 yang telah dibuat,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan