29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Apakah semua negara perlu tukar pemimpin? – Musa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Hampir semua negara di dunia perlu menukar pemimpin dan kerajaan sekiranya kegagalan menangani pandemik COVID-19 diambil kira sebagai ‘kerajaan gagal’, kata Tan Sri Musa Hassan.

Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, ini kerana setakat ini belum ada negara yang mengisytiharkan mereka berjaya menangani pandemik tersebut berikutan varian-varian baharu yang muncul.

Katanya, jika pendapat parti politik yang mahu menukar pemimpin kerana didakwa kerajaan hari ini gagal menangani wabak tersebut, bermakna negara-negara lain juga perlu berbuat demikian.

“Rasanya semua kerajaan di dunia gagal kerana ramai rakyat mereka yang mati dan COVID-91 meningkat. Agak (apakah) semua kena tukar pemimpin baharu, semua akan perform dengan baik?

“Negara lain sekarang dah mengalami kenaikan kerana variant delta, dan ada yang hendak menyambung lock down semula,” katanya menerusi twitter hari ini.

Musa berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pengikut twitternya berhubung kemelut politik dan pandemik COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung pandemik tersebut, selain memastikan ekonomi negara tidak musnah.

“Covid bermula semasa kerajaan PH lagi. Apa yang mereka telah lakukan untuk membendung penularannya.

Baca juga:   Sekolah bersedia laksanakan sesi persekolahan dalam PKPP

“Anda nak kerajaan buka dan bebas macam sebelum pendemik? Jika jangkitan meningkat dan lebih ramai yang menjadi mangsa, nanti salahkan kerajaan juga kerana tidak bertanggung jawab,” katanya.

Baca juga:   PKP 4 negeri sambung, had pergerakan 10 km batal

Beliau berkata, Allah tidak suka orang yang berputus asa dan selagi kerajaan berusaha dan berikhtiar menangani masalah COVID-19 dan menjaga kepentingan rakyat dengan sedaya-upayanya, rakyat perlu berikan kerjasama.

Musa turut membidas sesetengah orang politik yang hanya pandai berjanji jika mereka menjadi pemimpin negara, segala masalah akan selesai.

“Cuba tanya mereka yang nak jadi pemimpin beri cadangan macam mana mereka ingin lakukan penambahbaikan sebagai solusi menghapuskan pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Beliau berkata, seseorang atau kerajaan itu tidak dianggap sebagai gagal selagi mereka masih berusaha dan berikhtiar kerana sama ada berjaya atau tidak semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

“Jika masih berusaha untuk menangani sesuatu masalah yang menimpa bererti tidak gagal kerana masih berikhtiar. Yang gagal mereka yang banyak bercakap tanpa apa-apa solusi,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Skim bantu PKS dimuktamadkan Februari ini

BAGI merancakkan lagi ekonomi negeri Johor, satu skim bagi membantu peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) & Perusahaan Mikro Bangsa...

Lagi Artikel Berkaitan