29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4 anggota TUDM mati dalam insiden tembakan di kem

Mesti Baca

KOTA SAMARAHAN – Empat anggota tentera udara mati dalam kejadian tembak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, dua rakannya yang ditembak meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

“Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” jelasnya.

Advertisements

Aidi memberitahu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak telah hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

Sementara itu, Markas TUDM dalam kenyataan media hari ini mengesahkan tentang kejadian tersebut.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

TUDM menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada PDRM dan menggesa semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan