31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

UPSI kaji tragedi komunis serang Balai Polis Kuala Krau

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Igauan kekejaman komunis di tanah air sukar dilupakan dan perasaan marah tetap terpahat pada hati sanubari rakyat terutamanya anggota keselamatan dan keluarga mereka.

Serangan terhadap balai polis oleh pengganas komunis umumnya sinonim dengan peristiwa kekejaman komunis yang menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Baru-baru ini, empat akademia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan kajian ilmiah tentang serangan dan kekjaman komunis terhadap anggota Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap kajian itu dapat menyemarakkan semangat patriotik terhadap negara.

“Kekejaman terhadap rakyat oleh pengganas komunis sukar dilupakan dan pada setiap kali sambutan kemerdekaan tanah air, kita akan terbayang tentang derita yang dilalui pejuang-pejuang negara yang berkorban nyawa,” katanya.

komunis serang Balai Polis Kuala Krau
Tiga anggota polis yang bertugas di Balai Polis Kuala Krau pada 1948 bersama isteri dan anak-anak mereka. Mata-Mata Mohamad Yusof berdiri (paling kanan dalam bulatan merah) dan isterinya, Mahani Konel duduk di hadapannya. – Gambar: Koleksi peribadi Osman Mohamad

Menurut beliau, kajian yang baru siap dilakukan oleh akademia UPSI itu bertepatan dengan semangat Bulan Kebangsaan tahun ini.
.
Penyelidikan dijalankan oleh Prof Madya Dr Azhar Wahid (ketua), Prof Dr Abdul Halim Ali dan Prof Madya Dr Abdul Ghani Abu dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi manakala Prof Madya Dr Ramli Saadon dari Fakulti Sains Kemanusiaan.

Azhar berkata, penyelidikan bertajuk ‘Kajian Pendokumentasian Peristiwa Serangan Balai Polis Kuala Krau’ itu mengisahkan peristiwa serangan Balai Polis Kuala Krau yang berlaku pada 1948 dan 1949 .

Baca juga:   Sukarelawan UPSI bantu mangsa banjir Sungai Siput

Beliau berkata, kira-kira 18 tahun lalu beliau bertemu dengan Sarjan Mohd Naim Jaafar yang banyak membantu mengumpul bahan-bahan bukti yang membawanya bertemu Penghulu Kuala Krau, Datuk Zainal Azman Bidin bagi mengukuhkan bahan bukti.

Baca juga:   UPSI tubuh Fakulti Komputeran dan Teknologi Digital

Dalam kajiannya, Azhar mendapati bagi tempoh 1949 hingga tahun 1952 adalah tahun-tahun di mana banyak serangan berlaku ke atas balai polis sebagai usaha komunis menguji kekuatan anggotanya untuk menewaskan penjajah British.

Kisah serangan balai polis Kuala Krau yang berlaku 73 tahun lalu antara 26 Jun 1948 dan 11 September 1949 adalah antara kisah duka perjuangan wira yang tidak boleh dipinggirkan dan menjadi kisah tragik pengorbanan wira negara.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, Sarjan Naim Jaafar serta Osman, iaitu anak kepada Mata-mata Mohamad Yusof yang terlibat mempertahankan Balai Polis Kuala Krau ketika diserang,” katanya.

Hasil kajian, katanya, membawa kepada penerbitan buku berjudul Naratif Peristiwa Kuala Krau 1948-1949.

Othman Mohamad di sisi pusara ibunya, Mahani Konel yang ditembak pengganas komunis. – Gambar: Koleksi peribadi Osman Mohamad

Osman, 87, yang kini menetap di Johor Bahru berada bersama ibunya, Mahani Konel ketika kejadian serangan.

Mahani sendiri menggunakan raifel bersama suaminya, Mohamad Yusof mempertahankan Balai Polis Kuala Krau.

Ketika kejadian, Mohamad Yusof berpesan agar isterinya menggulung anak-anak di dalam tilam agar percikan tembakan senjata api tidak terkena kepada anak-anak mereka.

Osman berkata, ibunya ditembak dan mengenai dada ketika keluar daripada rumah untuk bertemu bapanya yang berada di balai polis.

Baca juga:   Tiada istilah menyesal dalam kamus hidup saya - Muhyiddin

“Dianggarkan jumlah pengganas komunis yang terlibat dalam serangan itu adalah lebih kurang 15 hingga 25 orang Melayu dan Cina, manakala hanya empat mata-mata mempertahankan serangan,

Dalam serangan itu, ibunya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan ditembak pada bahagian dada dan Osman memeluk ibunya dalam keadaan dada ibunya dipenuhi darah.

Osman berkata, jasa bapa dan ibunya perlu dikenang kerajaan sebagai wira dan srikandi yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir menentang ancaman pengganas komunis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Seri Mohamed Jaafar menganggap usaha menulis dan menjalankan kajian oleh beberapa orang ahli akademik berkaitan peristiwa serangan ke atas Balai Polis Kuala Krau itu perlu disokong dan diberi pengiktirafan.

Baca juga:   UPSI kebanggaan dunia pendidikan negara - Noraini

Menurut beliau, jika tidak dikaji dan ditulis, maka sejarah yang penting itu tidak lagi dapat diketahui dan dihayati oleh generasi akan datang.

Dalam pada itu, Mohd Yusri menganggap dua peristiwa ini mencatat sejarah penting dalam sejarah polis Pahang kerana ia melibatkan serangan pengganas komunis yang besar dan mengorbankan banyak jiwa.

“Dari peristiwa ini juga masyarakat dapat melihat dan memahami tugas kepolisan yang terpaksa berdepan dengan kematian tatkala berlaku serangan pihak musuh,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Mahkamah: Permohonan masuk bukti baharu Najib ditolak

MAHKAMAH Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu...

Lagi Artikel Berkaitan