24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RM941.38 juta elaun khas barisan hadapan disalur

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan telah menyalurkan elaun khas barisan hadapan berjumlah RM941.38 juta setakat 30 Julai lalu.

Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu berdasarkan 2,580,506 tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terbabit secara langsung dalam pengurusan serta pembendungan wabak COVID-19.

“Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam serta RELA yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) ke-65, hari ini.

Advertisements

Tengku Zafrul menambah, sebanyak RM4.37 juta telah disalurkan kepada 535 penerima menerusi Inisiatif Pemulihan CENDANA setakat 30 Julai.

Menurut beliau, bagi inisiatif tersebut, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta yang dijangka memanfaatkan 3,000 penerima dalam kalangan seniman dan organisasi dalam sektor seni dan budaya Malaysia.

Tengku Zafrul berkata, seramai 137,659 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan menerusi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan bagi tempoh sama.

“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan