24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

21,703 pekerja agrikomoditi telah terima satu dos vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

MUAR – Seramai 21,703 pekerja sektor agrikomoditi telah menerima dos pertama vaksin di tiga Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seramai 11,048 orang menerima vaksin di PPVIN PIKAS Muar diikuti PPVIN Ladang Tennamaram (3,749 orang) dan PPVIN MTC@Olak Lempit (6,906 orang).

Menurut beliau, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan semua pekerja akan melengkapkan proses vaksinasi mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Sebagai sokongan kepada usaha pemberian vaksin ini oleh industri, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) sedang mempertimbangkan subsidi sebanyak RM30 daripada kos keseluruhan iaitu RM85 untuk dua dos bagi setiap pekerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Mohd Khairuddin dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng turun padang melawat PPVIN PIKAS Muar.

Beliau menambah, KPPK berharap lebih banyak PPVIN di bawah Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi (VACOMS) dapat dibuka oleh industri bagi mencapai imuniti kelompok dalam tempoh terdekat termasuk PPVIN bergerak.

Advertisements

Mohd Khairuddin memberitahu, Ia pasti dapat menyumbang kepada proses peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih pantas selaras dengan perubahan penetapan indikator dan nilai ambang yang baharu bagi menambah baik penilaian risiko dalam mempertimbangkan pembukaan aktiviti ekonomi serta sosial.

“Walau bagaimanapun, proses pembukaan PPVIN adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF),” jelasnya.

Beliau berkata, PPVIN Ladang Tennamaram yang dibuka pada 26 Julai 2021 menyasarkan vaksinasi untuk 6,500 pekerja manakala PPVIN MTC@Olak Lempit yang mula beroperasi pada 28 Julai 2021 akan melibatkan seramai 10,000 pekerja.

Jelas Mohd Khairuddin, PPVIN Persatuan Perabot Muar (MFA) di Muar, Johor di bawah PIKAS yang mula beroperasi pada 2 Ogos 2021 pula, adalah program vaksinasi melibatkan 30,000 pekerja.

“Sementara untuk subsektor getah, KPPK sudah mengemukakan permohonan Majlis Getah Malaysia (MRC) kepada CITF untuk membuka PPVIN membabitkan 30,000 pekerja industri berkenaan sebagai permulaan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan