27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Raya: Hanya dua, tiga pesakit Covid-19 di wad ICU HKL

Keadaan ini berbeza selepas hari raya tahun lalu apabila wad ICU Covid-19 tidak dapat menampung jumlah pesakit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIPUTAN vaksinasi secara menyeluruh khususnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilihat hampir membawa kembali kehidupan masyarakat sewaktu sebelum pandemik berkenaan tercetus.

Ini dibuktikan apabila kes-kes penularan Covid-19 selepas Hari Raya Aidilfitri tidak membawa gelombang besar sepertimana yang berlaku semasa perayaan sama tahun lalu.

Pengalaman itu dikongsikan oleh Pakar Anestesiologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hana Hadzrami yang menurutnya seminggu sebelum raya, kadar kebolehjangkitan (R0/Rt) Covid-19 di seluruh negara adalah 0.53.

“Waktu itu hampir seminggu juga ICU Covid kami tiada pesakit, kosong. Apabila minggu raya bermula, kadar kebolehjangkitan menaik dengan lajunya. Dari 0.53 hinggalah ke 1.14. Kami memerhati dengan rasa berdebar.

“Namun syukur, bilangan pesakit di ICU Covid kami hanya naik sekitar dua hingga tiga orang saja.

“Itupun majoriti tak memerlukan intubasi dan tak lama mana pun berada di ICU. Kemasukan ke wad Covid biasa ada sedikit peningkatan namun tak perlu dibuka wad baru. Makin dikurangkan lagi adalah,” katanya hari ini.

Ujar Dr Hana lagi, senario berkenaan jelas berbeza pada tahun lalu.

“Kalau tahun lepas pada kenaikan R yang sama; dah bergelimpangan pesakit Covid di kecemasan. ICU Covid tak cukup hingga terpaksa dibuka ICU sementara di merata tempat.

“Peti simpanan mayat tak cukup, terpaksa disimpan bertindih-tindih. Pasukan perubatan perlu bekerja lebih masa hingga dah tak rupa manusia.

Advertisements

“Ia sebuah pengalaman gelap yang tidak ingin lagi kami lalui,” kongsinya.

Bahkan menurut Dr Hana lagi, betapa besarnya nikmat yang Tuhan berikan.

“Dia berikan ujian dan Dia juga bukakan jalan keluar. Dengan liputan vaksinasi menyeluruh, kita berjaya hidup dengan tenang; hampir kembali ke kehidupan sewaktu sebelum pandemik.

“Dan hari ini kadar R pun telah menurun perlahan-lahan ke 0.97. Menaik dan menurun tanpa sebarang cetusan gelombang.

“Nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan? soalnya.

Untuk rekod, nilai Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada kelmarin untuk seluruh negara adalah 0.97.

Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.08 diikuti Sabah (1.04), Kuala Lumpur (1.03), dan Pulau Pinang (1.02).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan