30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.

Beliau membuat permohonan berkenaan dalam satu hantaran di media sosial hari ini dengan memuat naik sekali gambar sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya.

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut mengenai penyakit yang dialami beliau.

Hantaran yang baharu sahaja sejam dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila mendapat 51,000 reaksi serta dikongsi lebih 4,000.

Terdapat lebih 17,000 komen warganet yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi mangsa sihir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya membekak.

Media Oktober tahun lalu melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.

Beliau ketika itu mendakwa menemui kotak berisi abu dan gambarnya yang dibakar di pusat pengajiannya-EDISI9

Terkini

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan sejati...

Lagi Artikel Berkaitan