Tuesday, July 21, 2026

Bekas PM sudah sedar daripada pengsan, keadaan stabil

Mesti Baca

PERDANA Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pengsan di rumahnya awal pagi ini sudah sedarkan diri dan keadaannya beliau stabil.

Bekas pegawainya, Azran Fitri Rahim memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu pengsan akibat tekanan darah tinggi kira-kira 2.30 pagi tadi.

“Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.

“Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor di sebuah hospital di Damansara,” katanya malam ini.

Azran berkata, pada masa kini doktor yang merawat menasihatkan Ismail Sabri tidak menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

“Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk menziarahi beliau.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau supaya kembali pulih seperti sediakala. 

“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan