28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Data peribadi rakyat bocor bukan dari JPN – Menteri KDN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengesahkan dakwaan kebocoran data peribadi melibatkan 22 juta individu yang lahir dari 1940 hingga 2004 didapati bukan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, data tersebut kemungkinan besar dikumpul daripada pelbagai sumber agensi tertentu sebelum dijual balik kepada awam.

“Kita ada membuat siasatan terperinci namun pihak kementerian juga ada mekanisme tersendiri bagi membuktikan data itu sebenarnya bukan daripada JPN,” katanya kepada pemberita pada sambutan Majlis Aidilfitri kementerian tersebut yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ujar Hamzah lagi, semua pihak boleh mendakwa konon memiliki data daripada pihak JPN sebagai strategi pemasaran tetapi ia belum tentu sahih.

Menurutnya, kes seumpama itu sebenarnya pernah berlaku beberapa tahun lalu dan setelah dilakukan siasatan rapi, rupa-rupanya butiran maklumat pelanggan pelbagai syarikat yang dikumpul.

Bagaimanapun Hamzah memberi jaminan akan mengambil serius isu tersebut dan akan memanggil pihak terlibat dengan segera untuk menyemak dakwaan itu.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya bertenang dan memberi ruang kepada pihak kementerian tersebut untuk menyiasat kes berkenaan sebelum hasilnya dimaklumkan kemudian.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan kebocoran data jutaan rakyat Malaysia bersumberkan dari laman forum Lowyat.Net yang dijual atas talian pada harga RM43,000.

Ia mendakwa data itu meliputi mereka lahir dari tahun 1940 sehingga 2004 lalu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh lahir, jantina, kaum, agama dan nombor telefon.

Penjual data tersebut yang hanya dikenali sebagai myIdentiti API itu turut menunjukkan butiran Hamzah sendiri malahan mempunyai akses rekod peribadi daripada agensi kerajaan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan