24.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Lelaki cuba pecah mesin ATM gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN seorang lelaki memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Tanah Merah, di sini, gagal ekoran mesin tersebut dilengkapi sistem kod keselamatan.

Kejadian disedari oleh kakitangan bank berkenaan selepas melihat satu daripada tiga buah mesin ATM di bank itu rosak dengan terdapat kesan ditebuk di bahagian bawah pada pukul 7.16 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik sebelum memasuki ruang mesin ATM bank berkenaan kira-kira pukul 1.59 pagi.

Menurutnya, suspek bertindak menutup CCTV di ruang mesin ATM menggunakan pita pelekat selain menampal kertas minyak pada pintu utama bagi mengelakkan perbuatannya dilihat.

“Hasil rakaman CCTV pada bahagian luar bank itu mendapati, suspek berusaha lebih satu jam untuk melarikan wang tunai di mesin ATM bermula pukul 1.59 pagi sebelum keluar pada 3.15 pagi dengan menggalas beg.

Baca juga:   4 anggota TUDM mati dalam insiden tembakan di kem

“Suspek dipercayai menggunakan mesin pencanai untuk memotong bahagian pintu mesin ATM itu namun gagal ekoran mesin itu dilengkapi kod keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Zulfikri, semakan di dalam mesin itu mendapati masih ada baki wang sebanyak RM152,900 di dalamnya.

Katanya, sehubungan itu, polis sedant memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380/Seksyen 511 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Baca juga:   UMNO perlu berani ubah kepemimpinan

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan