29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kertas siasatan kes polis iring anak ahli Parlimen diserah kepada TPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIASATAN berhubung tindakan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang baru-baru ini telah lengkap sepenuhnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kertas siasatan itu juga sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan pemandu kenderaan tersebut pada 9 Mei lalu dan kertas siasatan juga telah dirujuk kepada TPR untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, polis memaklumkan kes itu turut disiasat menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana ia melibatkan kesalahan menggunakan media sosial.

Dua anggota trafik itu telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib berkaitan kes tersebut selesai sepenuhnya.

Menerusi klip video itu yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen pada 7 Mei lepas.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman warga net yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.-Bernama

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan