33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

2,017 kes baharu, tujuh kematian dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu COVID-19 semalam merekodkan sebanyak 2,017 kes menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,483,295 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, empat kes merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW melaporkan, tujuh kematian baharu termasuk tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,630 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, portal berkenaan turut melaporkan 29,971 kes aktif COVID-19 direkodkan di negara ini.

Daripada jumlah itu, seramai 28,679 atau 95.7 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 19 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,235 dimasukkan ke hospital.

Sejumlah 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   PM umum inisiatif tambahan bantu mangsa banjir

Sementara itu, sejumlah 2,548 kes sembuh turut direkodkan pada Rabu dengan kes kumulatif sembuh 4,417,694 kes.-Edisi 9


Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan