33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

PM rasmi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Majlis berkenaan merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Sabah tahun ini yang akan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelbagai acara menarik disusun buat pengunjung pelbagai peringkat umur sepanjang program berlangsung selama tiga hari hingga 22 Mei ini yang bermula jam 9 pagi.

Antaranya ialah Jualan Agro Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia, sukan elektronik, sukan rakyat, gotong-royong, kayuhan Fun Ride, kenduri Keluarga Malaysia, serta pameran kementerian dan agensi kerajaan.

Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena program jelajah itu juga bakal menjadi tumpuan para pencari kerja dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor melibatkan lebih 30 majikan ternama.

Baca juga:   Ismail Sabri tagih sokongan UMNO, bantunya selesai isu rakyat

Tidak ketinggalan ialah persembahan kucing mini bagi pencinta haiwan peliharaan itu, karnival permotoran dan demonstrasi masakan, cef cilik, pemprosesan lemang secara mekanikal, gubahan buah-buahan dan simulasi keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sabah merupakan destinasi ketiga siri jelajah AKM yang diilhamkan Perdana Menteri selepas siri pertama diadakan di Johor dan diikuti Perlis, sebagai destinasi kedua. – Bernama

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan