Monday, July 20, 2026

Rayuan terhadap alasan penghakiman bukan pemberian khas – PM

Keputusan Kerajaan Persekutuan amat jelas bahawa tiada sebarang rayuan dikemukakan dalam isu Pemberian Khas.

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa rayuan Kerajaan Persekutuan adalah terhadap alasan penghakiman yang dianggap bersifat tuduhan berat dan bukannya berkaitan Pemberian Khas 40 peratus hasil kepada Sabah.

Menurut Perdana Menteri, alasan penghakimam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang seolah-olah semua Kerajaan Persekutuan sejak era Tun Abdul Razak sehingga sekarang, telah melanggar kewajipan perlembagaan dan mengabaikan tanggungjawab kepada Sabah.

Tuduhan itu juga, katanya melibatkan semua Kerajaan Negeri Sabah sejak pentadbiran Tun Datu Mustapha hingga kini.

“Tuduhan serius dan tidak tepat ini harus diperbetulkan,” kata beliau hari ini.

Anwar berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan amat jelas bahawa tiada sebarang rayuan dikemukakan dalam isu Pemberian Khas.

Bahkan, beliau berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengutus surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk segera memulakan perbincangan.

“Saya tegaskan sekali lagi, rayuan ini tidak menjejaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memuktamad Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” kata beliau. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan