33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya dicari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


POLIS sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW berwarna putih kerana memandu secara berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain semalam.

Ini berikutan tular di media sosial video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, video berkenaan memaparkan kenderaan telah menekan brek secara mengejut beberapa kali dan dengan sengaja berhenti di lorong kiri dan menganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1897,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal menyeru saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Baca juga:   PN terus komited sokong dasar dalam jayakan PPN

“Mereka boleh hubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak ditalian 019-4475767 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan