32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Aeril teruk dikecam kerana bertanya kepada Ustaz Kazim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Aeril Zafrel teruk dikecam warganet selepas memuat naik komen yang dianggap tidak sensitif terhadap pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias mengenai penyakit misteri yang dihadapi pada bahagian tangan yang mengejutkan ramai pihak.

Shooting-kan ni ustaz? Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya berterus-terang.

Ternyata komen yang ditinggalkan oleh Aeril menimbulkan pelbagai respons daripada peminat yang kurang senang dengan apa yang ditulis oleh pelakon berkenaan.

Tulisan tersebut anggap tidak sensitif dan warganet mempertikaikan sikap sebenar suami kepada pelakon Wawa Zainal terhadap masalah kesihatan yang dihadapi oleh Ustaz Kazim ketika ini.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim memang menanggung sakit dan macam-macam orang buat pada dia. Semuanya sebab sifat dengki dan dendam, ada sahaja tak kena.”

“Selidik dulu baru komen bro. Nanti taklah memalukan diri sendiri.”

“Kalau tak ada komen yang baik untuk ditinggalkan, lebih baik diam sahaja. Tak payah lah sibuk nak komen kalau memalukan diri sahaja,” tulis beberapa orang netizen.

Namun begitu mengikut pemerhatian di dalam media sosial, Ustaz Kazim sememangnya sedang menjalani penggambaran dan gambar yang dimuat naik itu juga merupakan antara babak yang terdapat dalam filem berkenaan.

Semalam, Ustaz Kazim membuat perkongsian tersebut melalui media sosial miliknya semalam memperlihatkan kesan parut dan masalah kulit yang ke hitam-hitaman pada bahagian tangan.

Dia juga meminta mana-mana pihak untuk mengubat bahagian tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan.

“Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Pada Allah kita berserah,” tulisnya melalui akaun Facebook.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan