25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Teruk dikecam harap harta kakak, Syada Amzah pertahan diri

Mesti Baca

AKIBAT teruk dikecam warganet, penyanyi Syada Amzah tampil bersuara berhubung dakwaan dia tidak pernah membanting tulang untuk menyara diri sendiri.

Sebaliknya adik kepada Shila Amzah itu dituduh selama ini hanya bergantung pada hasil pendapatan kakaknya untuk meneruskan kehidupan.

Syada berkata, dia mula bekerja sejak berusia 13 tahun malah mula menyara diri sendiri ketika berusia 15 tahun.

“Salah adik nak serang ni. Saya mula bekerja semenjak usia 13 tahun, sara diri sejak 15 tahun.

“Betul-betul rasa kelakar baca komen, post penyata bank kata riak pula,” tulisnya diruangan komen.

Dalam pada itu, sahabat baik Syada, personaliti sosial media, Elcah menjawab dakwaan yang mengatakan Syada tidak bekerja dan hanya mengharap duit daripada Shila.

Kata Elcah, penyanyi berumur 25 tahun itu bekerja keras mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri.

Advertisements

Bagaimanapun, rezeki Syada tidak serancak kakaknya yang ‘back to back’ keluar bekerja.

“Untuk sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana korang tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos kerja, cari job sana sini.

“Usaha sana sini tetapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya. Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?,” luahnya.

Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Susulan itu, Syada memaklumkan bahawa dia sedang mencari rumah sewa untuk keluarganya.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah berkenaan kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Namun begitu, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan terbabit dengan mendakwa pelantun lagu Patah Seribu itu bertindak sedemikian kerana wang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan