28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

RM55 juta untuk rebat bil elektrik kepada miskin tegar – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

“Pemberian subsidi elektrik secara pukal sangat membebankan dan lebih menguntungkan golongan kaya.

“Pada tahun 2022, trend menunjukkan, 10 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik tertinggi menikmati 50 peratus subsidi, sedangkan 50 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik terendah hanya menikmati 10 peratus subsidi yang diberikan,”katanya.

Advertisements

Jelas Perdana Menteri, bermula tahun ini, kerajaan telahpun melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi pada masa yang sama, mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna.

Katanya, pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

“Namun, kerajaan masih menanggung subsidi elektrik RM16 bilion untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan