27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

CIDB sambut baik Belanjawan 2024

Sedia banyak peluang kerja pembinaan untuk kontraktor kecil dan sederhana

Mesti Baca

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyambut baik Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat yang lalu.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Sr Mohd Zaid Zakaria berkata, belanjawan itu memperuntukkan sebanyak RM72.7 bilion untuk perlaksanaan kerja-kerja pembinaan Kerajaan.

“Projek-projek berkenaan kebanyakannya meliputi projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih sekolah, kuarters, jalan persekutuan, tandas-tandas awam serta parit dan longkang.

“Projek-projek ini akan membuka peluang kerja-kerja pembinaan untuk kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4) dan merancakkan lagi industri pembinaan negara.

“CIDB bersedia menyokong aspirasi Kerajaan dalam belanjawan yang bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat dengan menyediakan peluang-peluang latihan kompetensi kemahiran pembinaan kepada kontraktor, personel binaan dan belia secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perlaksanaan projek-projek ini secara berkesan memerlukan kontraktor serta personel binaan yang mahir dan juga mempunyai kompetensi yang diiktiraf.

“Oleh yang demikian, CIDB akan menyediakan latihan-latihan kemahiran yang diperlukan untuk perlaksanaan projek-projek yang tersenarai di dalam Belanjawan 2024.

Advertisements

“CIDB turut melaksanakan latihan pengurusan projek dan kewangan untuk kontraktor,” katanya.

Sejak tahun 2000, CIDB telah melatih lebih daripada 400,000 pekerja mahir pembinaan di dalam pelbagai bidang yang amat diperlukan industri dan seramai 99,000 penyertaan bagi Kursus Pengurusan Kontraktor dicatatkan sejak 2014.

Pada tahun 2022 CIDB telah membelanjakan hampir RM30 juta untuk Latihan belia dan Personel Binaan, malah seramai 3742 Belia dan 5178 Personel Binaan telah mengikuti Latihan kemahiran yang dijalankan oleh CIDB Malaysia.

“CIDB amat berbesar hati dengan peruntukan sebanyak RM10 juta oleh Kerajaan bagi melaksanakan Program PEKA (Peluang Kedua Anda) TVET, iaitu program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pesalah yang akan mengakhiri

tempoh hukuman.

“CIDB bersedia dalam melaksanakan inisiatif ini yang mendokong salah satu prinsip-prinsip utama MADANI iaitu mendorong kepelbagaian dan inklusiviti dalam tenaga kerja yang membabitkan masyarakat tempatan dalam projek pembinaan,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan