30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KSM pastikan peruntukan PTPK diurus dengan cekap – Sivakumar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) akan memastikan dana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjumlah RM180 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) diuruskan dengan cekap.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, PTPK juga akan berusaha memastikan bahawa tiada pelajar yang tercicir atau terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian dalam program TVET.

Katanya, tujuan utamanya adalah untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan kumpulan sasar, terutamanya yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

“PTPK berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab dengan komitmen yang tinggi dalam menguruskan peruntukan secara cekap.

Advertisements

“Semoga peruntukan ini membantu PTPK ke arah hala tuju yang lebih dinamik sebagai penyedia dana latihan kemahiran serta menyokong Pemacu Perubahan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk meningkatkan ekosistem TVET,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan meluluskan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta kepada PTPK untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran dalam Belanjawan 2024.

Sebanyak RM20 juta telah dikhaskan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa.

Sivakumar berkata, Belanjawan 2024 adalah bukti tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat darjat ekonomi negara dan rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan