27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bank Islam perkasa komuniti kurang dapat khidmat kewangan

Mesti Baca

MENERUSKAN misinya memperluas rangkuman kewangan dan memperkasakan komuniti yang kurang mendapat khidmat kewangan, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menjalin kerjasama strategik dengan Qwork.

Menerusi kerjasama itu, Bank Islam berhasrat untuk meneroka himpunan meluas pekerja bebas dalam platform intuitif Qwork bagi menyediakan penyelesaian kewangan fleksibel yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dengan bersandarkan rangkaian bakat pada Qwork, Bank Islam berhasrat untuk menangani cabaran ekonomi yang dihadapi tenaga kerja serta menawarkan mereka akses terhadap produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah.

Bank Islam boleh mempromosikan kerja-kerja yang diiklankan pada Qwork dalam aplikasi perbankan mudah alih Be U by Bank Islam yang juga 100 peratus digital.

Selain akses perkhidmatan perbankan, pelanggan boleh menggunakan fungsi ‘Gig Marketplace’ dalam aplikasi berkenaan untuk mencari peluang pendapatan yang disediakan Qwork.

Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam, Noor Farilla Abdullah, berkata pihaknya gembira bekerjasama dengan Qwork dalam meneruskan usaha mempertingkatkan lagi aplikasi Be U by Bank Islam.

Beliau berkata, penerapan fungsi terbaharu itu ke dalam aplikasi berkenaan akan memperkasakan pengguna untuk menguruskan kewangan mereka serta meraih pendapatan.

“Dengan segalanya pada satu platform tunggal, pengguna boleh mengesan dan mengurus kewangan mereka serta mendapatkan akses terhadap penyelesaian yang khusus buat pekerja bebas.

Advertisements

“Kerjasama ini sejajar dengan komitmen kami untuk memenuhi keperluan komuniti yang kurang mendapat khidmat perbankan dan menggalakkan amalan kewangan yang saksama,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qwork, Muna Munirah berkata, kerjasama dengan Bank Islam bagi memperkasakan pekerja bebas dan menyediakan mereka akses terhadap produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Katanya, kerjasama itu bertujuan untuk mendemokrasikan manfaat seumpama bekerja di syarikat multinasional bagi pekerja gig atau dikenali sebagai pekerja bebas di Qwork.

Pada September 2023, Be U by Bank Islam melancarkan kad debitnya yang 100 peratus dikeluarkan, dihantar dan diuruskan menerusi aplikasi berkenaan.

Selain menyediakan kemudahan pembayaran yang mudah, aplikasi Be U by Bank Islam terus menawarkan penyelesaian-penyelesaian bertumpukan pelanggan, khasnya bagi generasi muda dan pekerja bebas.

Bank Islam merancang untuk memperkenalkan pilihan pembiayaan fleksibel, penyelesaian pembayaran digital dan perkhidmatan perancangan kewangan dalam aplikasi berkenaan.

Dengan memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi komuniti pekerja bebas, Bank Islam berhasrat untuk menyediakan sokongan dan alatan yang bersesuaian bagi membolehkan mereka maju dalam ekonomi yang dinamik hari ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan